
Kami sangat memahamni kepentingan pengayaan kompetensi peribadi pelajar. Kami mempunyai rangkaian pusat latihan industri yang luas serta mendapat maklumbalas yang sangat memuaskan. Kami mempunyai kakitangan yang berkualiti didalam membantu pelajar meningkatkan kemahiran pribadi. Kami menganggarkan 95% pelajar kami mendapat peluang pekerjaan didalam bidang berkaitan dalam tempoh enam bulan selepas tamat pengajian.
Hampir 2 dekat kami berkembang dan telah melahirkan ribuan graduan. Mereka telah banyak membantu tanah air dalam pelbagai bidang seperti ekonomi, pendidikan, pengurusan dan banyak lagi. Kami juga telah mendapat pengiktirafan oleh Kementerian Pengajian Malaysia (KPM) dan Malaysian Qualifications Agency (MQA) sebagai kolej bumiputera swasta yang berjaya melaksanakan proses pengajian mengikut syarat-syarat dan garis panduan yang ditetapkan.

Program yang kami jalankan adalah mengikut trend terkini dan mempunyai tuntutan yang tinggi dari industri-industri masa kini, Contohnya Diploma Pengurusan Halal dan Diploma Pengurusan Muamalat yang mana graduannya mendapat tempat yang cepat didalam bidang pekerjaan. Banyak inisiatif yang diberikan kepada pelajar untuk meningkatkan keyakinan diri melalui pengalaman pembelajaran yang praktikal.
Kami juga melakukan banyak aktiviti-aktiviti di luar bilik kuliah melalui program-program yang dianjurkan oleh persatuan pelajar dan jabatan pembangunan siasah pelajar.
Kami juga melatih dan melibatkan pelajar secara praktikal didalam aktiviti keusahawan mengikut trend terkini seperti kaedah pemasaran menggunakan media sosial.
Pengalaman ini sangat menyeronokkan dan sukar dilupakan didalam tempoh pembelajaran.
Persekitaran kampus kami yang indah di tepi pantai dan berhampiran dengan kawasan peraginan Port Dickson. Kemudahan pembelajaran dan pengajaran dengan suasana yang kondusif. Kemudahan penginapan di Uniti Village dan resort apartment.
Technology & Engineering
> DIPLOMA IN COMPUTER NETWORK.
> DIPLOMA IN PRODUCT DESIGN.
> DIPLOMA IN GRAPHIC DESIGN.
> DIPLOMA IN MEDIA & COMMUNICATION.
> DIPLOMA IN IT SYSTEM SUPPORT (DITSS).
Management & Halal Industries
> DIPLOMA IN BUSINESS MANAGEMENT.
> DIPLOMA IN ACCOUNTANCY (UITM)
> DIPLOMA IN ACCOUNTANCY (UNITI)
> DIPLOMA IN MUAMALAT MANAGEMENT.
> DIPLOMA IN BUSINESS STUDIES (UITM)
> DIPLOMA IN ISLAMIC STUDIES.
> DIPLOMA IN HALAL INDUSTRY MANAGEMENT.
> DIPLOMA IN TOURISM MANAGEMENT.
Education & Human Development
> DIPLOMA IN COUNSELLING PSYCHOLOGY.
> DIPLOMA IN EARLY CHILDHOOD CARE AND EDUCATION.
> DIPLOMA IN ISLAMIC EDUCATION FOR PRIMARY SCHOOL.

Kolej Uniti Port Dickson adalah sebuah institusi pengajian swasta yang menawarkan program diploma untuk lepasan SPM / SPMV / SMA. Program diploma terpilih dan diiktiraf yang ditawarkan adalah mengikut trend untuk memenuhi bidang kritikal yang diperlukan di dalam semua industri dalam dan luar negara.