|
Misi & Visi
Misi
Untuk menyumbang secara positif kepada negara Malaysia sebagai sebuah negara industri dengan melahirkan teknokrat cemerlang yang menghayati nilai akhlak murni.
Visi
Sebuah institusi antarabangsa cemerlang mampu melahirkan ahli profesional yang berkebolehan dan berupaya tinggi serta memiliki kepakaran teknik yang relevan dan semasa bagi negara Malaysia sebagai sebuah negara industri yang dinamik dan terus membangun.
Konsep Pendidikan Kolej UNITI
Menyedari bahawa pendidikan adalah proses berterusan dalam memperolehi ilmu pengetahuan, pembentukan personaliti dan perkembangan skil, maka Kolej UNITI berusaha untuk melaksanakan peranannya dalam menjayakan proses ini sebagai institusi yang cemerlang dalam menyebarkan ilmu pengetahuan berkaitan Islam dan teknologi. Kolej UNITI juga komited dalam membentuk pembentukan personaliti muslim dengan mempertingkatkan skil pengurusan dan teknologi kepada pelajar-pelajarnya untuk membolehkan mereka memberi sumbangan kepada masyarakat dan negara kelak.
|