A Random Image UNITI
waterfront Bungalow
Brindley  Trainning
Photo Galeri

Permohonan Pembiayaan Pinjaman Pelajaran MARA / PTPTN Bagi Program Diploma UNITI, UiTM Dan UPM Di Kolej UNITI

Pihak Kolej UNITI akan membantu mendapatkan pinjaman (yuran pengajian & elaun sara diri) dari MARA / PTPTN.

  A. Permohonan Pinjaman Pelajaran MARA
 

Pembiayaan pinjaman pendidikan MARA adalah merangkumi :-

  • Yuran pengajian bagi keseluruhan program pengajian untuk 3 tahun (6 semester) tersebut akan dibayar oleh pihak MARA terus kepada Kolej UNITI.
  • Elaun sara diri (RM***.** sebulan) akan dimasukkan terus ke akaun pelajar.

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN UNTUK MEMOHON PINJAMAN PELAJARAN MARA:

  • Gambar terkini berukuran paspot
  • Salinan surat tawaran kemasukan ke Kolej UNITI
  • Salinan sijil kelahiran pelajar, ibu dan bapa
  • Salinan sijil kematian ibu/bapa (jika berkaitan)
  • Salinan kad pengenalan pelajar, ibu dan bapa
  • Salinan sijil akademik SPM / STPM / Pra Diploma / Sijil
  • Salinan sijil berhenti sekolah
  • Salinan penyata gaji/ Borang J/ Surat Pengesahan Pendapatan/ Penyata Pencen ibubapa yang terkini (** Sila rujuk maklumat tambahan dibawah)
  • Sebuah esei perihal diri dan perancangan pendidikan dan kerjaya masa depan pelajar, lebih kurang 300 patah perkataan secara bertulis tangan yang kemas atau bertaip.
Salinan buku akaun simpanan BSN.
  B. Permohonan Pinjaman Pelajaran PTPTN
 

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN UNTUK MEMOHON PINJAMAN PELAJARAN PTPTN:

  • Salinan surat tawaran kemasukan ke Kolej UNITI
  • Salinan kad pengenalan pelajar
  • Salinan penyata gaji/ Borang J/ Surat Pengesahan Pendapatan/ Penyata Pencen ibubapa yang terkini (** Sila rujuk maklumat tambahan dibawah)
  • Salinan sijil akademik SPM
  • Salinan akaun SSPN
  • Salinan buku akaun simpanan Bank BSN.
  Maklumat Tambahan
 
  • ** Surat pengesahan pendapatan ibu bapa/penjaga jika tiada slip gaji @ borang J. Surat ini hanya boleh dikeluarkan oleh Ketua Kampung, Penghulu / Penggawa, Pegawai Daerah atau Wakil Rakyat dimana penama bermastautin.
  • Sila sediakan segala dokumen yang diperlukan pada hari pendaftaran bagi tujuan mempercepatkan proses permohonan pinjaman pelajaran.
  • Borang permohonan pinjaman permohonan MARA akan disediakan secara percuma setelah pelajar mendaftarkan diri di Kolej UNITI.

SEMUA SALINAN DOKUMEN HENDAKLAH DISAHKAN BENAR OLEH:

  • Ketua Kampung @ Penghulu, Pegawai Daerah yang mempunyai Cop Jawatan Rasmi ATAU
  • Semua Pegawai-pegawai kerajaan dan badan berkanun dalam kumpulan A dan B seperti Pengetua dan Guru Besar sekolah ATAU
  • Pegawai-pegawai dalam perkhidmatan perundangan dan kehakiman seperti Majistret, Peguambela & Peguamcara ATAU
  • Wakil Rakyat ATAU
  • Jaksa Pendamai (JP)

Sebarang pertanyaan mengenai maklumat ini, sila berhubung dengan Bahagian Kewangan Kolej UNITI di talian 06 6619122 Samb. 231 (En.Nasron)

update 10-Sep-2008

 

 

Laman Web UPMEdexcel Laman Web UiTM
Menu Utama    |   Tentang UNITI    |   Program @ UNITI    |   ' Finance Aid '    |   Galeri   |   Aktiviti Pelajar    |   Hubungi Kami    |   Webmaster  

Kolej UNITI© 2008 Copyright Protected.
General Line: +606 661 9211 | Enquiries: +606 6468 444 | E-mail: info@uniti.edu.my
Maintained by : Corporate Communications & ICT Unit Kolej UNITI

tracker