A Random Image UNITI
waterfront Bungalow
Brindley  Trainning
Photo Galeri

Tentang Kolej UNITI

Kolej UNITI telah diluluskan penubuhannya oleh Kementerian Pendidikan Malaysia pada 15hb Mac 1997 dan memulakan operasinya di kampus yang terletak di Kompleks UNITI, Pasir Panjang, Port Dickson, Negeri Sembilan. Pada tahun pertama, seramai 170 pelajar telah mengikuti program Pra Sains UiTM. Pada tahun berikutnya, pelajar Kolej UNITI meningkat kepada 405 orang dengan 4 program akademik. Pada tahun 2001, dengan 10 program akademik jumlah pelajar telah berkembang kepada 1110 orang. Kini Kolej UNITI telah berjaya menawarkan 14 program yang mendapat kelulusan penuh dari Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi. 4 program telah mendapat pengiktirafan dari Lembaga Akreditasi Negara, dan sebahagian yang lain dalam proses untuk mendapatkan pengiktirafan.

Hingga kini, Kolej UNITI telah berjaya mengeluarkan hampir 2000 graduan melalui pelbagai program. Setakat ini, 6 kumpulan graduan Program Diploma Pengajian Islam seramai 150 orang telah berjaya menamatkan pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda di Universiti Al Azhar Mesir. Selari dengan Visi dan Misi, Kolej UNITI sentiasa memastikan graduannya berjaya menamatkan pengajian pada kelulusan akademik yang tertinggi dan mempunyai personaliti yang baik dan berakhlak mulia.

Untuk mencapai visi dan misi tersebut, Kolej UNITI sentiasa memantau perjalanan Hal Ehwal Pelajar agar dapat berjalan dengan baik. Hal Ehwal Pelajar Kolej UNITI yang berfungsi menjaga kebajikan pelajar dan membantu program-program pelajar dilaksanakan dengan jayanya. Unit Hal Ehwal Pelajar terdiri daripada Jawatankuasa Kepimpinan Mahasiswa, Kelab-kelab Pelajar, Majlis Felo, Majlis Pembimbing Rakan Siswa (MPRS) dan Unit Runding Cara Pelajar.

PIAGAM PELANGGAN

  1. Melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan cekap dan berkesan memenuhi piawaian yang telah ditetapkan
  2. Memastikan prasarana akademik mencukupi dan berada dalam keadaan sempurna
  3. Memastikan semua kemudahan ko-kurikulum, kebajikan dan rekreasi pelajar mencukupi dan berada dalam keadaan sempurna
  4. Mengurus dan menyelesaikan semua masalah pelaksanaan peperiksaan supaya setiap pelajar dapat menduduki peperiksaan dalam keadaan tenang dan selesa
  5. Menyediakan prasarana di asrama dalam keadaan tersedia untuk digunakan
  6. Keputusan peperiksaan semester akan dihantar kepada ibubapa dan penaja dalam tempoh tujuh hari bekerja selepas diluluskan oleh kolej
  7. Memastikan supaya semua pelawat yang berkunjung ke kolej akan dilayan dalam tempoh lima belas minit
  8. Sentiasa bersedia dan sanggup menerima pandangan, cadangan, syor dan teguran yang membina dari semua pihak demi mempertingkatkan prestasi perkhidmatan dan kemerlangan akademik

 

 

 

Laman Web UPMEdexcel Laman Web UiTM
Menu Utama    |   Tentang UNITI    |   Program @ UNITI    |   ' Finance Aid '    |   Galeri   |   Aktiviti Pelajar    |   Hubungi Kami    |   Webmaster  

Kolej UNITI© 2008 Copyright Protected.
General Line: +606 661 9211 | Enquiries: +606 6468 444 | E-mail: info@uniti.edu.my
Maintained by : Corporate Communications & ICT Unit Kolej UNITI

tracker